Sunday, 12 June 2011

Rahsia t-shirt-asma-

Posted by alhaddads .
Rahsia di sebalik Baju T
Tahukah kamu bahawa lukisan pada baju T yang kamu  pakai sehari-hari mengandungi pelbagai rahsia di sebaliknya? Pada kamu biasa  atau untuk suka-suka. Tetapi bagi yang melihatnya, ia secara tidak langsung  menterjemahkan imej atau peribadi sebenar kamu. Namun ini semua tidaklah seratus  peratus betul. Kalau betul pun, anggaplah ia sebagai kebetulan  sahaja.Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik
Kamu gemar memakai baju T yang mengambarkan  tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala  Terengganu. Ini menunjukkan kamu sukakan kegiatan pengembaraan yang adventure.  Di samping itu kamu juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas.  Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, kamu memang tidak suka  mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama. Kamu juga seorang yang sangat  aktif dan tidak boleh duduk diam.Gambar Personaliti Yang Disanjungi  Atau Kumpulan Rock
Sudah menjad perkara biasa bagi remaja memakai  baju T dengan gambar personality atau artis popular sama ada dari dalam atau  luar negara seperti Limp Bizkit,Nsync, XPDC dan sebagainya. Kamu digambarkan  sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu  sahaja. Kamu juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang lain fikir mengenai  kamu. Kalau kamu gemar memakai baju T dengan gambar heavymetal, kamu merupakan  seorang yang nakal dan degil. Kamu megah dengan sikap demikian. Kalau kamu suka  gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan kamu sukakan sesuatu yang  baru. Lain pula kalau kamu suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan  kamu seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.Gambar  Iklan
Ini menggambarkan kamu seorang yang mudah mesra  dan peramah. Dalam kehidupan seharian pula, kamu seorang yang terlalu cerewet  dan behati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan  jika dikatakan bahawa kamu seorang yang kedekut. Dalam soal berfesyen, kamu  merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan.  Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan kamu sebagai seorang yang ketinggalan  zaman.Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan
Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo  atau lambing perniagaan, kamu dianggap seorang yang angkuh atau suka  menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal. Kamu juga sangat  mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk  bergaul. Namun tertanam juga sifat positif iaitu kamu juga sebenarnya sangat  berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama lingkungan kamu  sahaja.Gambar Kolej Atau Universiti
Jika kamu seorang pelajar di kolej tersebut,  menunjukkan kamu benar-benar menghargai kolej kamu. Sesuailah sekiranya kamu  menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan kamu seorang yang sangat  menghargai ilmu pengetahuan. Kamu juga sangat menghargai status dan taraf  sosial.Lukisan Tangan
Kamu digambarkan sebagai tergolong dalam  masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga. Kamu juga seorang yang  sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian. Malah kamu mempunyai  citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.Gambar Dengan Warna  Neon
Kamu sebenarnya ingin menjadi tumpuan. Kamu mahu  masyarakat di sekeliling sentiasa mengambil berat tentang diri kamu. Individu  yang gemar memakai baju T seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap,  periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling kamu  juga begitu memerlukan kamu. Tapi berhati-hati. Jangan sampai ada yang cuba  mengambil kesempatan dari kamuTertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau  Kartun
Kamu digambarkan sebagai seorang yang murah hati  dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat memerlukan. Kamu tidak pandai  menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka. Kamu juga sangat menggemari dunia  hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji  kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan, kamu senang diajak  bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.Kemeja T  Yang Ketat ((gelenya!! Hehehe))
Jika kamu suka memakai kemeja T jenis ini, kamu  digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain,  seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Kamu jarang  menunjukkan imej kamu yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja  kamu lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.Kemeja T Kamu Longgar  Dan Koyak
Kamu benci sikap hipokrit. Kamu seorang yang  emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat itu yang  sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup  kamu.Baju T Kosong
Jika kamu sukakan kemeja T kosong tanpa sebarang  gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan kamu suka bersendiri dan  berahsia. Apa sahaja rahsia yang kamu terima, hanya kamu sahaja yang  mengetahuinya. Walaupun demikian, sikap kamu sangat terbuka dan sentiasa  menerima teguran dari sesiapa sahaja. Kamu bersikap agak ketinggalan dan lebih  suka memerap di rumah
kiriman: “Shahful Aisham”

No comments:

Post a Comment