Antaranya:
- Selawat merupakan bentuk ketaatan kepada perintah Allah swt. Firman Allah: “… Wahai org2 yg beriman, berselawatlah kamu utk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadaNya!” (Al-Ahazab:56) – sesiapa yg berselawat kpd Rasulullah s.a.w bererti telah mentaati perintah Allah s.w.t.
- Mendapat 10 kali selawat dari Allah bg org yg berselawat sekali untuk Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa yg berselawat kepadaku sekali, Allah akan memberikan balasan selawat kepadanya sepuluh kali…”
- Diharapkan dikabulkan doa apabila doa itu didahului dgn selawat. Sabda Rasulullah s.a.w: “Setiap doa itu dihalang hingga diucapkan selawat kpd Rasulullah s.a.w”
- Mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w jika mngucapkan selawat diiringi dgn permohonan wasilah kpd Rasulullah s.a.w.
- Selawat merupakan sbb diampuninya dosa2 dan diangkatnya darjat. Sabda Rasulullah s.a.w: ”Barangsiapa yg berselawat kpdku dgn sekali selawat, nescaya Allah akan berselawat kpdnya (sebanyak) 10 kali dosanya dan diangkat 10 darjatnya.”
- Selawat merupakan sedekah/zakat. ”Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).
- Sesiapa yg membaca Al-Quran dan melafazkan selawat secara lalai, Allah masih memberi gandaan pahala setinggi bukit dan malaikat masih mendoakan si pembaca.
- Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.
- Memperolehi ucap selamat dari Allah
No comments:
Post a Comment