Saturday, 11 June 2011

Perkembangan Anak Kucing-asma-

Kucing akan menjadi dewasa semasa tempoh ini. Permainan sosial berkurang dan
kadar metabolisme akan menurun bagi kucing yang di neuter dan spay. Pada masa
ini kucing perlu mengambil kurang kalori untuk mengelakkan kegemukan, dan ini
dapat dicapai dengan menukarkan dietnya kepada makanan penyelenggaraan kucing
dewasa. Diet ini mempunyai kurang kalori dan lebih fiber berbanding kucing
muda.

Sistem imunisasi menjadi matang dan kucing akan mempunyai keupayaan
semulajadi untuk melawan jangkitan.Proses ini berterusan sepanjang alam dewasa
tetapi akan berkurang apabila tiba umur tua.

Personaliti kucing akan
menjadi lengkap, berdasarkan faktor genetik dan pengalamnnya sewaktu muda.
Perilaku akan menjadi rutin. Kucing yang berada dalam sekumpulan kucing dalam
rumah yang sama akan mempunyai hirarki sosial (atau pangkat sosial) dalam rumah
tersebut

No comments:

Post a Comment