Friday 23 September 2011

Sikap Mental Positif -adah-



Salam bahagia, salam sejahtera dan salam ceria.

Ramai dikalangan kita pernah mengalami “ramalan kendiri’. Kita sangat percaya bahawa sesuatu akan berlaku apabila kita menyebabkannya berlaku.Pemikiran adalah harta yang berkuasa dan kita perlu menjaganya supaya ia sentiasa sihat.

Kesihatan mental membolehkan individu mengatasi cabaran harian dan interaksi social dalam hidup.

Seseorang yang tidak sihat dari segi mental boleh menjadi murung atau mendapati sukar untuk mengendalikan tekanan biasa dalam hidup.

Ini mungkin disebabkan oleh biologinya atau situasi gaya hidup. Sikap mental positif membantu kita mengekalkan kesihatan mental yang baik dan sangat penting jika kita menginginkan kesihatan optimum.

Ganjaran sikap mental yang positif begitu baik. Kita mampu menyempurnakan lebih banyak , berasa kehidupan ini terisi dengan lebih gembira.Tahukah awda bahawa pemikiran yang positif  boleh membantu menjauhkan penyakit?

Penyelidikan menunjukkan bahawa pandangan positif akan meransang ketahanan pelalian tubuh.

Mengamalkan pencegahan adalah penting untuk kesihatan mental. Sebagai orang dewasa kita boleh mengekalkan kesihatan mental dengan mengendalikan tekanan hidup kita dengan cara positif.

Tekanan adalah satu daripada bahagian hidup yang penting kerana ia membantu memotivasikan kita untuk menghadapi cabaran pemberian ransangan kepada kita

No comments:

Post a Comment