Sunday 27 November 2011

TERABAI JIKA MENGABAIKAN-DAL

Sememangnya sudah diketahui umum bahawa solat itu adalah tiang ugama.Orang yg mengerjakannya dinisbahkan sebagai mendirikan agama dan orang yg meninggalkannya dinisbahkan sebagai meruntuhkan agama.
SEKSAAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
DI DUNIA
Usianya tiada keberkatan.
Dihilangkan tanda orang soleh daripada wajahnya.
Tiada pahala bagi amalan yang dikerjakan.
Doanya sia-sia kerana tidak dimakbul Allah.
Semua makhluk di dunia membencinya.
Tidak menerima bahagian drpd doa untuk orang soleh.

KETIKA NYAWA DI PENGHUJUNG
Mati dalam kehinaan.
Mati dalam kelaparan.
Mati dalam kedahagaan.

KETIKA DI DALAM KUBUR
Kuburnya disempitkan.
Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan.
Ular yang dinamakan Shajkul Akrak akan menyeksa si mayat sehingga kiamat.

PADA HARI KIAMAT
Malaikat akan mengheretnya dlm keadaan hina masuk ke neraka.
Mendapat kemurkaan Allah yang amat hina.
Allah akan menghisabnya dengan berat yang terus dihumban ke neraka.
SUMBER: MAJALAH GEN Q

Friday 11 November 2011

KEJAYAAN MILIK ALLAH SWT-asma-

 


copy from:ataphijau..


Belajar Bukan Untuk Periksa…
“Perjuangan adalah kesempatan buat orang yang bijak menilai diri…”
Ramai pelajar menganggap bahawa mereka ini menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka mendapat tempat di pasaran kerja pada masa hadapan. Namun hakikatnya, semua ini merupakan satu perkara yang merugikan mereka jika tanggapan sebegini tidak dikikis. MENUNTUT ILMU/ BELAJAR HANYA UNTUK PERIKSA?
Adakah anda merasakan perkara ini merupakan suatu perkara yang berbaloi? Bagi saya, ianya tidak sama sekali. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali”.
(Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darim)
Seharusnya kita semua sedar bahawa menuntut ilmu itu seharusnya di ‘istiqamah’ kan sehinggalah ke saat nyawa di hujung halqum. Namun realitinya sekarang ini berbeza. Ramai insan-insan yang dahulunya merupakan seorang pelajar, pelajar yang bijak dan pintar, apabila melangkah ke alam pekerjaan menjadikan diri mereka ini sebagai manusia yang mempunyai ‘mentaliti mangsa’ – suka menyalahkan sesuatu keadaan/ situasi.

“Alah, aku dah kerja, buat apa belajar lagi! Buang masa ja.”
Maka, sebelum menghadapi peperiksaan, saya ingin mengajak kita sama-sama perbetulkan niat kita menuntut ilmu dan berguru selama ini. Perlu diketahui bahawa peperiksaan itu hanya sebagai wasilah (jalan) untuk menguji, setakat manakah kita menguasai sesuatu bidang tersebut.
Dan yang paling penting, niat menuntut ilmu itu perlulah jelas. Kita meletakkan mencapai redha Allah SWT sebagai yang utama, kemudian barulah mencapai kejayaan itu sendiri. Tanpa redha Allah SWT, segala usaha dan perahan otak kita itu hanya sia-sia.
Dan Allah SWT jugalah yang memberikan kejayaan kepada hamba-hambaNya.
Ingat! Belajar bukan untuk peperiksaan tetapi peperiksaan itu hanya sebagai wasilah kepada kejayaan redha Allah SWT, dunia dan akhirat.
Formula Kejayaan Seorang Muslim
Setiap kali mendapat nikmat
Jarang ku sedari itu pemberianMu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelah ku sahaja

“Yes! Dapat keputusan cemerlang..berbaloi pun usaha aku selama ni.”
Bagi seorang yang tidak jelas niat dan fikrahnya dalam menuntut ilmu, mungkin inilah yang akan terpacul keluar daripada mulutnya apabila mencapai nikmat kejayaan. Merasakan bahawa kejayaannya itu datang daripada penat lelahnya sendiri. Seperti bait-bait yang tersusun di awalnya.
Jarang sekali kita bersyukur…

Bagi seorang Muslim yang jelas niat dan matlamat dalam menuntut i lmu, apabila kejayaan dicapai, maka mereka akan meletakkan kembali kejayaan itu ‘datang dari Allah SWT’. Dan rasa bangga, takbur, sombong dan riak itu akan cuba dilempar ‘berbatu-batu’ jauhnya daripada diri mereka.
Tak ku lupa kepada Allah
Tempat kembali segala masalah
Perlu diketahui bahawa segala apa yang kita kecapi ini merupakan milik Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Munafiqun ayat 8;
” … Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasulnya serta bagi orang-orang yang beriman , akan tetapi orang-orang munafiq itu tidak tahu mengetahui (hakikat yang sebenar)”
Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT
Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah
Dan dalam realiti kita mengejar kejayaan dunia dan akhirat ini, kita bukan hanya setakat perlu berusaha. Tetapi kita juga perlu ‘meminta’. Apa yang dimaksudkan dengan meminta di sini. Ya! Maksudnya adalah memohon doa kepada Allah SWT. Hal ini kerana Allah SWT sentiasa menerima doa kita dan sentiasa berada hampir dengan hamba-ham baNya yang meminta kepadaNya.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 186, bermaksud;
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”
Dan setelah kita berusaha, berdoa, maka kemudiannya kita bertawakal kepada Allah SWT sambil terus-menerus memohon doa kepadaNya. Itulah kejayaan dan resepi seorang Muslim yang jelas matlamat kehidupannya di dunia ini.
Dan bagaimana jika kita ditimpa kegagalan setelah kita melakukan seperti mana di atas?
“La Takhaf Wa La Thazan, InnAllaha Ma’ana”
Jangan kamu sedih dan berkecil hati, kerana Allah SWT bersama-sama kita. Sebagaimana yang selalu kita dengar, kegagalan itu tak bererti kita gagal selama-lamanya. Tetapi di sebalik kegagalan itu, kita harus mencari kekuatan untuk menjadi ‘perangsang’ kepada kebangkitan kita yang seterusnya.
Mungkin, Allah SWT menagguhkan kejayaan kita agar kita menjadi hamba yang mempertingkatkan kesyukuran dan keimana kepadaNya. Dan mungkin juga Allah SWT menangguhkan kejayaan kita untuk kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Apapun, dengan syarat mestilah bersyukur…
Jika berjaya kamu bersyukur…
Jika gagal lakukan muhasabah dan lakukan langkah yang teripta dengan lebih tersusun…
Moga kejayaan dan kegagalan tidak mengalpakan kita daripadaNya yang hampir di sisi kita…
Tuhan Tidak Lupakan Kita
Apabila jalan dirasa gelap, ketahuilah sinar cahaya masih jauh perlu dikejar…
Allah SWT itu tidak jauh daripada setiap hambaNya. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah SWT.
Sentiasalah bangun, berdoa dan memohon kepadaNya kerana Allah SWT itu suka kepada hamba-hamba yang meminta kepadaNya.
Dan yang paling penting, kejayaan kita itu hakikatnya biarlah menyumbang kepada Islam itu sendiri. Jadikanlah diri kita sebagai hamba-hamba yang bersyukur.
*sumber-iLuvislam*

salam-asma-

KELEBIHAN MEMBERI SALAM
rujukan:sembang.net


Iblis menangis bila orang memberi salam...

Sabda Nabi: "Orang2 yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri"

Sabda Rasulullah saw: "Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga".

Sabda Rasulullah SAW.:"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia."

Lalu bertanya pula sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?"

Sabda Rasulullah saw: "Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg memberi makan, bagi orang yg selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Bertanya para sahabat: "Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?

"Sabda Rasulullah saw.:"Akan aku terangkan kepada kamu semua:

1. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

2. Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.

3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.

4. Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.

Sabda Rasulullah saw:"Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab."

Ibnu Abbas ra berkata: "sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh: "Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya".

p/s: mari la kita rajin2kan diri utk memberi salam bila berjumpa ngan sesama muslim...semoga mendapat rahmat ALLAH swt.. Aamminnn..