Friday 30 September 2011

MAKHLUK BERNAMA NAFSU-DAL

Malaikat dijadikan dari cahaya dan dimasukkan akal. Maka malaikat sentiasa beramal tanpa jemu..
Syaitan dijadikan dari api dan dimasukkan nafsu. Oleh sebab itu syaitan sentiasa ingkar dengan perintah Allah s.w.t. Manusia pula dijadikan dari unsur tanah dan dimasukkan akal dan nafsu..Dengan sebab itulah diciptanya syurga dan neraka, pahala dan dosa, ganjaran dan balasan..Semua ini atas kehendakNya dan hanya Dia sahajalah yg tahu segala2 nya..

Diceritakan dalam kitab karangan Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulamak pada abad ke-13 Hijrah tentang kejadian nafsu. Allah s.w.t telah mencipta Akal, lalu Allah berfirman yg bermaksud : “Wahai akal mengadaplah engkau” maka akal pun mengadaplah.Dan Allah berfirman yg bermaksud : “Wahai akal berbaliklah engkau”maka akal pun baliklah ia. Allah berfirman lagi : “Wahai akal siapakah Aku?”..Lalu akal menjawab “Engkau adalah Tuhan yg menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu ygdaif dan lemah”..
Dengan itu Allah berfirman : “Wahai akal! tidak-Ku ciptakan makhluk yang lebih mulia dari engkau”..
Setelah itu Allah menciptakan pula nafsu dan berfirman : “Wahai nafsu! mengadaplah engkau”..Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri..Allah s.w.t. berfirman lagi “Wahai nafsu! siapakah Aku?”Nafsu dengan selamba dan kerek menjawab “Aku adalah aku, Engkau adalah Engkau”. Nafsu dimasukkan ke dalam Neraka Jahim selama 100 thn kemudian dikeluarkan semula.Allah s.w.t. berfirman lagi : “Wahai nafsu! siapakah Aku?”..Nafsu yg degil menjawab “Aku adalah aku, Engkau dalah Engkau”.Nafsu dimasukkan ke dalam Neraka Juu selama 100 thn dan kemudian dikeluarkan..Allah s.w.t berfirman : “Wahai nafsu! siapakah Aku?”.Barulah nafsu mengakui “Aku adalah hamba-Mu dan Engkau adalah tuhan-Ku”.Dengan itu terciptalah makhluk bernama Akal dan Nafsu..
Seorang ulamak terkenal Imam al-Ghazali meninggalkan 6 persoalan dan pesanan kepada anak muridnya tentang kehidupan di dunia..
Pertama: Apakah yg paling dekat dgn kita di dunia ini?Anak muridnya menjawab “Org tua, guru, sahabat, kaum kerabat”.Imam al-Ghazali menjawab “Semua itu benar tetapi paling hampir dengan kita adalah ‘mati’. Allah s.w.t. berjanji setiap benda bernyawa pasti akan mati..
Kedua : Apakah yg paling jauh dengan kita di dunia ini? Anak muridnya menjawab “Negara China,bulan, matahari, bintang..Imam al-Ghazali menjawab “Semua itu benar tetapi paling jauh dengan kita adalah ‘masa lalu’ walau apapun keadaan kita, kenderaan kita, kita x boleh kembali ke masa lalu..Oleh itu kita harus menjaga hari ini dan hari2 yg akan dtg dengan amalan yg diwajibkan oleh agama Islam.
Ketiga : Apakah yg paling besar di dunia ini? Anak muridnya menjawab “Gunung-ganang, bumi dan matahari”..Jawab Imam al -Ghazali “Semua itu benar tetapi paling besar adalah “nafsu”.Berhati2 lah dengan nafsu.Dengan nafsulah kita boleh terjerumus ke dalam neraka..
Keempat : Apakah yg paling berat di dunia? Muridnya menjawab ” Baja, besi, gajah”. Semua itu benar tetapi paling berat adalah “memegang amanah”.Ketika Allah s.w.t bertanya kepada makhluk ciptaanNya untuk menjadi khalifah, Gunung-ganang yang besar hancur lebur kerana tidak mampu tetapi manusia dengan sombong menyahut pertanyaan Allah s.w.t itu untuk menjadi khalifah di bumi ini sehingga ramai di kalangan manusia masuk ke dalam neraka kerana tidak memegang amanah meraka sendiri..
Kelima : Apakah yg paling ringan di dunia ini?Mereka menjawab “Kapas, debu, angin, daun”. Semua itu juga benar tapi paling ramai adalah “meninggalkan solat”. Solat adalah perkara pertama yg akan di hisab sebelum amalan2 lain di akhirat kelak. Tiada gunanya kalau kita membuat amalan baik yg lain tetapi meninggalkan solat.
Keenam : Apakah yg paling tajam di dunia ini? Muridnya dengan serentak menjawab “Pedang!”Jawab Imam al-Ghazali “Semua itu benar tetapi paling tajam adalah “lidah manusia”. Melalui lidah manusia boleh menyakitkan saudaranya sendiri, memberi pandangan masyarakat menghancurkan negara. Fitnah itu lebih berat dari membunuh..
Dari kisah tadi, perbezaan nafsu dgn akal memang jauh ketara.Pada pendapat aku sebab tu kedudukan akal yg berada di atas (otak) manakala nafsu dibawah (kemaluan)..Manusia yg berajakan nafsu lebih teruk dari haiwan..Dunia pernah digambarkan kepada nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. rupa dunia ini seperti perempuan tua berbongkok tiga, namun disebabkan pakaian n make-up nye yg lawa2 maka ramai manusia tertipu dengan kecantikan dunia..Kenapa kita boleh tertipu dengan wanita tua yg berbongkok tiga ni? x lain x bukan nafsu yg buta..Ramai berpendapat cinta itu buta..tapi pada pendapat aku yg membutakan cinta tu bukan hati tapi nafsu tu sendiri..
Perempuan dijadikan dengan 9 nafsu dan 1 akal..Lelaki plak dijadikan 1 nafsu dan 9 akal..Kalau kita tgk sekarang ni mcm terbalik plak..Ramai yg masuk universiti n berjawatan tinggi diduduki oleh kaum hawa berbanding kaum adam yg belajar pon setakat pmr n rata2 menggangur n menyusahkan mak bapak kt rumah..
Aku sebagai lelaki sangat terasa dengan perubahan zaman ni yg semakin akhir..Disebab oleh pengaruh barat yg membawa slogan ‘Perempuan pon bleh buat apa yg lelaki buat’ menyebabkan ramai lelaki menjadi semakin dayus dan perempuan semakin lantang dan x tahu erti malu..Malu itu hanya utk budak kampung yg malu2 kuceng walaupun dia sendiri berasal dari kampung..

      SUMBER: ISKANDARIBRAHIM`S BLOG

No comments:

Post a Comment