Friday 17 June 2011

TIPS MENJAGA ANAK KUCING-yan-


Anak kucing yang dipelihara oleh ibunya mempunyai kelangsungan hidup yang lebih
baik berbanding anak kucing yang ditinggalkan dan dipelihara oleh manusia. Jika
anda mendapati ada anak kucing yang ditinggalkan ibu atau tidak dijaga oleh
ibunya, maka bersedialah untuk kerja-kerja keras dan beberapa kekecewaan. Tetapi
jika semuanya berjalan lancar, anda akan mengalami pengalaman istimewa menjaga
anak kucing yatim piatu dan membesarkannya kepada kucing dewasa yang
sihat.

Untuk itu kita akan melihat secara ringkas perkara-perkara yang
perlu anda lakukan jika menjaga anak kucing yang ditinggalkan ibu.

Bagi Makanan Pada Si Comel

Anak kucing yang baru lahir perlu makan
setiap 2-3 jam. Mereka mempunyai perut yang kecil dan memerlukan jumlah makanan
yang sedikit tetapi berkala. Jangan berikan susu lembu pada anak kucing kerana
ini akan menyebabkan sembelit dan kehilangan air pada badan. Anda perlu
menggunakan susu yang dirumus khas untuk anak kucing. Susu khas ini boleh
diperolehi di klinik vetrinar dengan pelbagai jenama.

Botol susu yang
khas juga digunakan untuk menyusu anak kucing (saiznya kecil). Susu perlu
diberikan dalam keadaan suam, tetapi bukan panas, ianya sama sepertimana kita
berikan kepada bayi manusia.

Bantu Si Comel Untuk Berak dan Kencing


Ya, berak dan kencing, saya
tak tahu tajuk apa yang sesuai tetapi dua perkataan itu adalah sangat
tepat..hehe. Anak kucing tidak boleh mengawal kencing dan beraknya sehinggalah
mereka berumur 4 minggu. Bermula dari kelahiran sehingga minggu ke-4, ibu kucing
akan merangsangnya untuk membuang dengan cara menjilat kemaluan anak kucing.


Maka anda juga mesti melakukan perkara yang sama di sini. Tak la, saya
bergurau sahaja. Tetapi rangsangan ini boleh ditiru dengan menggunakan kain
lembut yang suam dan basah atau menggunakan putik kapas (juga suam dan basah).
Balikkan badan anak kucing itu dan secara lembut, sapukan pada kemaluannya
sehingga kencing atau najis itu keluar. Ini perlu dilakukan selepas
menyusu.


Si Comel Perlu Selamat & Selesa

Anak kucing tidak mempunyai
lemak pada badan untuk mengekalkan suhu badannya. Mereka biasanya bergelumang
sesama sendiri bersebelahan dengan ibu mereka untuk berkongsi haba. Jika anda
mempunyai anak kucing yatim, anda perlu memberikan haba ini dengan menggunakan
botol mengandungi air panas atau pad pemanas(setkan suhunya pada kadar rendah
sahaja). Kedua-duanya perlu dialas dengan kain tebal (sebaik-baiknya
tuala).

Pastikan anak kucing mempunyai ruang untuk merangkak keluar dari
pad pemanas atau botol itu jika dia berasa terlalu panas. Anak kucing perlu
berada dalam kawasan yang dikekang seperti dalam kotak kecil dialas dengan kain
di kawasan yang tidak berhabuk. Disebabkan anak kucing tidak dapat melihat,
adalah penting untuk anda mengetahui dimana mereka berada pada setiap masa untuk
mengelakkan mereka dari kesusahan.

Anak kucing yatim diberi makanan pejal
seperti mana anak kucing biasa. Mereka boleh diperkenalkan dengan sedikit
makanan berdaging yang dirumus khas untuk anak kucing pada umur 4 minggu.
Pengenalan kepada penggunaan
kotak najis
juga digalakkan pada ketika umur ini.

Masalah
perilaku
memang biasa berlaku bagi anak kucing yatim kerana mereka tidak
dilatih oleh kucing dewasa yang lain. Mereka cenderung untuk menggigit dengan
lebih kuat, tidak bertolak ansur dengan kekangan dan bermain secara kasar.
Mereka tidak akan terlepas dengan sikap begini jika mereka dipelihara oleh
ibunya, atau kucing dewasa lain, atau adik-beradik mereka yang lain.


Kucing lain akan mengajar 'budi bahasa' dan memberi reaksi dengan menggigit balas, mencakar balas dan 'kepimpinan melalui tauladan'. Malangnya anak kucing yatim yang seorang diri tidak akan menerima pelajaran 'budi bahasa' seperti ini. Mendedahkan anak kucing yatim kepada manusia lain atau kucing lain pada umur muda akan membantu membetuk perilaku yang baik. Jangan biarkan anak kucing ini menggigit atau bermain secara agresif kerana ini hanya mendorong perilaku buruk.

No comments:

Post a Comment