Friday 15 April 2011

KELEBIHAN BERZIKIR -lin-

PENGENALAN ZIKIR
 =>Zikir berasal drpd perkataan Arab yang membawa makna ''ingat''.Zikir lebih membawa kpd maksud mengingati Allah.Perkataan ini digunakan pd beberapa tempat dlm al-Quran merujuk kpd ibadah dlm pelbagai bentuknya,melibatkan perkataan,perbuatan dan niat yg dilakukan semata-mata kerana Allah.
KELEBIHAN ZIKIR
Menurut al- imam Ibn Qayyim dalam kitab al-Wabil al-Sayyib, antara kelebihan berzikir adalah:
Add caption
  1. Menjadikan diri kuat untuk mempertahankan diri drpd  gangguan syaitan.
  2. Menghapuskan dosa.
  3. Mendekatkan diri kpd Allah.
  4. Menghidupkan hati drpd lalai.
  5. Merupakan tanda bersyukur.
  6. Menyebabkan mendapat pahala sprt memerdekakan hamba & membiayai jihad pd jalan Allah.
  7. Menjadikan hati tenang.
  8. Menyebabkan hati diselaputi perasaan damai.
  9. Menghilangkan karat pd hati.
  10. Merawat penyakit hati.
  11. Membuka pintu rezeki.
  12. Mengelakkan lidah drpd mengatakan perkara sia-sia dan dosa.
  13. Menjadikan hati lembut.(lembut yg dimaksudkan ialah hati itu mudah melakukan ibadah dan perkara-perkara ketaatan)
  14. Menyebabkan Allah dan para malaikat mandoakan baginya.
  15. Menyebabkan datangnya nikmat-nikmat Allah.
  16. Menyebabkan Allah menyebut-nyebut nama org yg berzikir kpd para malaikat dgn bangganya.
  17. Majlis zikir adalah taman syurga.
  18. Majlis zikir dihadiri para malaikat.
  19. Mudahkan perkara yg rumit.
  20. Menyebabkan seseorang itu mudah memasuki syurga.
  21. Jari yg mengira zikir akan menjadi saksi kpd Allah bahawa seseorang itu sering berzikir.

    No comments:

    Post a Comment