Saturday 7 May 2011

PoToNg Kuku CaRa IsLam..(Sunnah) -asma-

 



Berkata Saidatina
Aisyah bermaksud:

Sepuluh perkara
dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi,
memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu
ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja)

Dari Anas bin
Malik bermaksud:

Sudah ditentukan
waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan
mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40
malam.
(Riwayat
Muslim).

Menurut Imam
Shafie:
Sunat memotong
kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi,
berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Rasulullah S.A.W.
bersabda bermaksud:

Sesiapa yang mandi
pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang
terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi
orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang
sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga
selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan
Jumaat sebelumnya.

(Riwayat
Ahmad).
Berkata Abu
Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad
S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda
keluar untuk bersembahyang.

(Riwayat al-Bazzar
dan al-Tabrani).
RASULULLAH S.A.W
bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang
mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu:Nescaya
keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya
keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin
:Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari
Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya
keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis
:Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari
penyakit.

Hari Jumaat :
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk
kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Walaupun tidak ada
hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa
mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah
hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat
memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Jadi, kerat kuku
bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah
sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada
adabnya selain ikut hari, kita juga perlu membuang kuku itu pada tempat yang
tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga
adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah itu
bersih.
Mulakan mengerat
kuku itu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan mengerat dimulai jari
telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking
sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan
kanan.

Kalau kaki pula,
mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah
sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Selamat Beramal!!!
(^_^)

No comments:

Post a Comment