Sunday 15 May 2011

KHASIAT PISANG-asma-


Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa
dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada
manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat
menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90
minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia.
Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat
beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:

Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND
terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih
selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis
protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan
kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:

Lupakan pil-pil hospital makan sahaja pisang. Vitamin B6
yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan
mud anda.

Anemia:

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu
mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu
dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:

Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang
tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:

Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di
mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan,
rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar
potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan
pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:

Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda
pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah
dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan
perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah
yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem
hidrasi semula anda.

Panas Jantung:

Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan.
Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk
pemulihan yang baik.

Demam Pagi:

Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu
memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan
kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang
telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:

Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat
membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan
kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek .
Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes
membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi
masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil
makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil .
Makanlah pisang.

Ulser:

pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat
lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai
peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti
lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:

Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat
menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di
Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi
yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):

Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat
daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu
pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud
kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:

pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok.
Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat
membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu
menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi
kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik,
menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan
bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:

Mengikut kajian dalam buku ˜The New England Journal of
Medicine, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko
kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat,
untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut,
kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam
kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka
biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada
banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda
kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat
besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan
merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.


 

No comments:

Post a Comment