Friday, 23 September 2011

MENGAPA KITA MENANGIS? -adah-



Salam sejahtera .


Ana masih ingat ketika anak-anak Ana masih kecil, beberapa orang ibu saudara terdekat ada berkongsi petua dan cerita, sekiranya seorang anak damit yang belum dapat bercakap/berkata-kata dan meminta-minta, sekiranya anak damit itu menangis ada dua sebab utama, pertama anak damit itu ingin menyusu dan sebab kedua lampin anak damit itu basah , anak damit itu buang air kecil atau buang air besar.

Itu cerita anak damit menangis. Bagaimana pula bila orang dewasa menangis

Mengapa kita menangis dan bersedih? Apakah kerana kita ini kurang pandai dalam mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan pada kita? Apakah kita menangis kerana ragu pada kuasa Allah?


Apakah kita menangis kerana merasa Allah terlalu berat menguji kita? Apakah kita merasa Allah tidak adil kepada kita? Bukankah Allah telah menjanjikan sungaiNya bagi setiap hambaNya yang mampu melewati ujian hidup di dunia ini dengan baik?


Menangis atau bersedih bukanlah sesuatu yang hina, tergantung mengapa kita menangis.

Menangislah jika itu mengingatkan kita pada Tuhan. Menangislah jika itu membuat kita sedar bahawa kita ini benar-benar makhluk yang lemah.

Menangislah jika itu membuat kita sedar begitu banyak dosa-dosa kita selama ini.


“Maka mereka sedikit ketawa dan banyak menagis, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan”- At -Taubah 82.


Sesungguhnya, salah satu fungsi di ciptakan airmata diantaranya adalah dapat meringankan beban kita dan membuat kita bahagia. Itu menangis bahagia namanya.


Pemandangan jemaah haji menangis di hadapan Kaabah mungkin sudah biasa bila tiba musim haji.Malah seawal sanak saudara menghatar di lapangan terbang lagi dah ramai yang menangis. Itu lumrah setiap kali tiba musim haji.

No comments:

Post a Comment