Friday, 23 September 2011

FAEDAH MENANAM SAYUR SAYURAN -adah-


 Sayur-sayuran merupakan salah satu sumber nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.Namun brgitu,peningkatan harga barangan termasuk sayur-sayuran menjadi alasan buat rakyat Malaysia untuk tidak makan sayur-sayuran.Rakyat Malaysia yang mempunyai pendidikan setaraf dengan penduduk lain di dunia seolah-olah pendek akal sedangkan kita mempunyai alternatif lain iaitu menanam sayur-sayuran.Hal ini kerana aktiviti ini mempunyai banyak faedah.

Kawasan sekitar rumah mempunyai pemandangan yang jauh lebih indah jika ditanam dengan sayur-sayuran daripada ibiarkan ditumbuhi lalang.Sehubungan itu,dengan menanam sayur-sayuran,kita dapat memanfaatkan kawasan sekitar rumah.

Seperti yang diceritakan pada awal tadi,penanaman sayur-sayuran dapat menjimatkan perbelanjaan dapur.Aktiviti ini amat bersesuain di saat krisis kegawatan ekonomi.Tambahan pula,ia dapat menjamin bekalan nutrien yang mencukupi dan berterusan.

Sayur juga mampu menjana pendapatan dan menjadi periuk nasi buat mereka yang menanam sayur-sayuran.Perniagaan ini mempunyai risiko yang rendah kerana setiap pelanggan tidak akan berhenti membeli sayur.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa sebenarnya menanam sayur-sayuran dapat memupuk sikap bersedekah.Hal ini menyebabkan sayur-sayuran menjadi alat silaturahim antara rakyat.Terbuktilah,aktiviti ini memberi faedah bukan sahaja dari[ada segi fizikal,malahan mental.

Tuntasnya,sayur-sayuran yang ditanam sendiri mampu membawa pelbagai faeadah.Bak kata pepatah,berbudi kepada tanah.pasti akan mendapat hasilnya.

No comments:

Post a Comment