Baitulmuqaddis-yan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Baitulmuqaddis, juga dieja sebagai
Baitulmaqdis (
tulisan Arab/
Jawi: بيت المقدس) atau
Jerusalem (
bahasa Ibrani: יְרוּשָׁלַיִם
(audio) (bantuan·maklumat) Yerushaláyim,
bahasa Arab: القدس atau أورسالم
(audio) (bantuan·maklumat) al-Quds atau, Ūrsālim;
[ii] lihat juga
nama-nama Baitulmuqaddis) ialah sebuah kota lama yang terletak di
Timur Tengah. Baitulmuqaddis memainkan peranan penting bagi
agama Islam,
Kristian, dan
Yahudi. Ia merupakan kota paling suci bagi agama
Kristian dan
Yahudi dan tempat ketiga paling suci dalam
Islam.
Baitulmuqaddis ialah sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya. "Kota Lama" Baitulmuqaddis (
juga dikenali sebagai Baitulmuqaddis Timur') dikelilingi dengan tembok yang dibina sejak kurun ke-15 lagi. Kota lama ini terbahagi kepada empat kawasan:
Islam,
Kristian,
Yahudi, dan
Armenia.
Kedudukan kota ini hangat diperkatakan. Perjanjian yang ditandatangani pada tahun
1949 di antara
Israel dan
Jordan menyebabkan kota ini terbahagi kepada dua. Baitulmuqaddis Barat menjadi milik Israel manakala Baitulmuqaddis Timur (
Kota Lama) menjadi milik Jordan. Sejak kemenangan Israel pada perang tahun
1967,
Israel menguasai kesuluruhan kota tersebut dan menuntut hak kedaulatan undang-undang terhadap Baitulmuqaddis. Israel juga menjadikan Baitulmuqaddis sebagai
ibu negara tetapi pengisytiharan ini tidak diiktiraf oleh masyarakat sedunia.
Palestin juga menuntut supaya kesuluruhan Baitulmuqaddis ataupun sebahagian daripadanya yakni Baitulmuqaddis Timur menjadi ibu negaranya.
Sejarah
Sejarah Baitulmuqaddis boleh dikategorikan kepada lima tahap;
Zaman Silam
Kedudukan
Baitulmuqaddis di
Timur Tengah. Kota ini menjadi rebutan setelah dirampas oleh
Israel.
Menurut orientalis Barat, Baitulmuqaddis mula menjadi tumpuan selepas
Nabi Daud a.s. menakluk Baitulmuqaddis daripada masyarakat yang bernama
Jebusite. Nabi Daud a.s. kemudiannya dikatakan mula mengembangkan kota ini dan menjadikannya ibu kota kerajaannya. Baitulmuqaddis kemudian dikatakan diperintah oleh
Nabi Sulaiman a.s.. Mengikut ahli sejarah
Yahudi, Nabi Sulaiman a.s. telah membina sebuah kuil yang diberi nama
Kuil Sulaiman.
Tidak lama kemudian tentera
Babylon mula menguasai Baitulmuqaddis daripada orang
Yahudi.
Nebuchadnezzar II, raja Babylon kemudiannya menakluk Baitulmuqaddis dan memusnahkan
Kuil Sulaiman. Dia kemudiannya menghalau orang Yahudi daripada Baitulmuqaddis. Selepas beberapa dekad, tentera
Parsi menakluk Babylon.
Cyrus II, raja Parsi membenarkan orang Yahudi kembali ke Baitulmuqaddis dan membina semula kuil mereka.
Kuil Kedua kemudiannya dibina oleh
Herod Si Agung tetapi selepas kematiannya, kota ini jatuh ke tangan
Rom.
Pemerintahan Rom
Semasa pemerintahan
Rom, masyarakat Yahudi di Baitulmuqaddis memberontak. Akibatnya tentera Rom mematahkan pemberontakan tersebut dan memusnahkan
Kuil Kedua orang Yahudi. Yang tinggal hanyalah sebahagian daripada kuil itu yang dikenali sebagai
Tembok Barat.
Seni Bina
Rom di Baitulmuqaddis.
Selepas pemberontakan tersebut, orang
Yahudi dibenarkan tinggal di situ tetapi dalam jumlah yang kecil. Pada kurun kedua, Maharaja Rom memerintahkan supaya Baitulmuqaddis dibina semula dan membina sebuah kuil orang Rom di situ sambil menghalang kegiatan keagamaan orang Yahudi. Orang Yahudi kembali memberontak tetapi berjaya dipatahkan tentera Rom. Baitulmuqaddis dinamakan semula menjadi
Aelia Capitolina.
Orang Yahudi dilarang memasuki Baitulmuqaddis. Selama 150 tahun selepas itu, kota ini menjadi tidak penting bagi kerajaan Rom. Namun demikian,
Maharaja Byzantine iaitu
Constantine I membina Baitulmuqaddis sebagai pusat keagamaan
Kristian dengan membina
Gereja Makam Suci pada tahun
335 masihi. Orang Yahudi tetap tidak dibenarkan memasuki Baitulmuqaddis kecuali semasa
Zaman Pemerintahan Islam
Walaupun
Al-Quran tidak menyebut mengenai nama "Baitulmuqaddis" tetapi
hadith ada menyebut mengenainya. Menurut hadith sahih, adalah di Baitulmuqaddis
Nabi Muhammad s.a.w. naik ke
syurga semasa peristiwa
Israk Mikraj. Kota itu kemudiannya ditawan oleh angkatan tentera
Islam pada tahun
638 Masihi.
Saidina Umar Al-Khatab secara peribadi pergi ke Baitulmuqaddis untuk menerima penyerahan Baitulmuqaddis kepada kerajaan Islam. Beliau seterusnya ditawarkan
bersembahyang di dalam
Gereja Makam Suci tetapi menolaknya dan sebaliknya meminta supaya dibawa ke
Masjidil Aqsa Al Haram Al Sharif. Beliau mendapati tempat itu terlalu kotor dan mengarahkan supaya pembersihan dijalankan. Beliau kemudiannya membina sebuah masjid kayu di tempat yang sekarang merupakan kompleks bangunan
Masjid Al Aqsa.
Enam tahun kemudian,
Qubbat As-Sakhrah dibina. Struktur ini terdiri daripada sebuah batu yang dikatakan tempat
Nabi Muhammad s.a.w. berdiri sebelum naik ke
syurga semasa peristiwa
Israk Mikraj. Perlu diingatkan bahawa kubah yang bersalut emas dan berbentuk oktagon ini tidak sama seperti
Masjid Al Aqsa di sebelahnya yang dibina tidak lama kemudian. Semasa pemerintahan awal
Islam, terutamanya semasa pemerintahan kerajaan
Ummaiyyah (650-750) dan kerajaan
Abbasiyyah (750-969), kota Baitulmuqaddis berkembang. Ramai orang berpendapat Baitulmuqaddis pada ketika itu merupakan tanah yang paling subur di
Palestin.
Pemerintahan awal
Islam juga mewujudkan sebuah tolenrasi di antara kaum. Namun semasa pemerintahan
Al-Hakim Amr Allah, seorang khalifah kerajaan
Fatimiyyah, beliau mengarahkan supaya semua gereja dan rumah ibadat bukan Islam dimusnahkan. Hal ini menyebabkan berlakunya
Perang Salib. Pada tahun
1099, tentera
Kristian Eropah menakluk Baitulmuqaddis. Mereka kemudiannya membunuh kesemua penduduk bukan
Kristian yakni
Muslim dan
Yahudi.
Baitulmuqaddis kemudian dijadikan ibu kota
Kerajaan Jerusalem. Kerajaan ini kekal sehingga tahun
1291; Baitulmuqaddis sendiri ditawan oleh Salahuddin Al Ayubi pada tahun
1187. Salahuddin juga membenarkan semua orang beribadat di Baitulmuqaddis tidak kira sama ada
Kristian,
Muslim atau
Yahudi. Pada tahun
1243, Baitulmuqaddis jatuh kembali ke tangan orang Kristian sebelum jatuh kembali ke tangan orang Islam pada tahun berikutnya.
Pada tahun
1517, Baitulmuqaddis ditawan oleh Empayar
Turki Uthmaniyyah.
Sulaiman al-Qanuni membina semula tembok Baitulmuqaddis yang dapat kita lihat sehingga ke hari ini.
Mandat British
Peta Baitulmuqaddis pada tahun
1947 semasa Pentadbiran Mandat British.
British berjaya menewaskan
Empayar Turki Uthmaniyyah semasa
Perang Dunia I. Dengan kemenangan mereka itu, tentera British di
Mesir memasuki Baitulmuqaddis pada
11 Disember 1917. Pihak British kemudiannya membina rumah-rumah baru di sini dan menyebabkan Baitulmuqaddis berkembang sehingga luar daripada temboknya. Pemerintahan British menandakan bermulanya suasana kelam kabut di sini. Pendatang-pendatang Yahudi yang mendapat perhatian daripada kerajaan British menyebabkan orang Islam amnya dan orang
Arab khususnya mendapat layanan yang tidak adil. Keganasan ini terus meningkat sepanjang tahun 1930-an dan 1940-an.
Pada
29 November 1947,
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) meluluskan satu pelan untuk memisahkan Pentadbiran Mandat British di Palestin kepada dua buah negeri: satu untuk orang Yahudi, satu untuk orang Arab. Hal ini mengakibatkan berlaku pemberontakan di Baitulmuqaddis yang kemudiannya menyebabkan
Perang Arab-Israel 1948 berlaku selepas pemerintahan Mandat British berakhir.
Baitulmuqaddis dan konflik Arab-Israel
Semasa
Perang Arab-Israel 1948, Baitulmuqaddis terbahagi kepada dua. Bahagian baratnya yang meliputi bandar baru menjadi sebahagian daripada
Israel manakala Bahagian timurnya termasuklah kota lama Baitulmuqaddis menjadi milik
Jordan.
PBB mencadangkan supaya Baitulmuqaddis berada di bawah pentadbiran antarabangsa. Walau bagaimanapun, pada
23 Januari 1950, Parlimen Israel meluluskan satu resolusi untuk menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara
Israel.
Baitulmuqaddis Timur kemudiannya ditawan oleh tentera Israel dalam
Perang Enam Hari pada tahun
1967.
Walaupun Israel membenarkan penganut agama di Baitulmuqaddis akses ke tempat suci mereka, terdapat banyak kerisauan mengenai beberapa serangan ke atas
Masjid Al-Aqsa seperti kebakaran pada tahun 1969 yang disebabkan oleh seorang pelancong
Australia yang gila. Status Baitulmuqaddis Timur tetap menjadi satu isu yang kontroversi.
Status semasa
Menurut satu pelan PBB, Baitulmuqaddis sepatutnya menjadi sebuah bandaraya antarabangsa dan bukan sebahagian daripada negeri orang
Arab ataupun negeri orang
Yahudi. Sempena
Perang Arab-Israel 1948, Baitulmuqaddis Barat diduduki oleh
Israel manakala Baitulmuqaddis Timur menjadi milik
Jordan.
Peta Baitulmuqaddis sekarang dan yang terkni.
Pada tahun 1967, semasa
Perang Enam Hari, Israel menawan Baitulmuqaddis Timur dan mula mengambil langkah untuk menyatukan Baitulmuqaddis di bawah penguasaan Israel. Pada tahun
1988 Jordan menarik balik semua tuntutannya ke atas
Tebing Barat (termasuklah Baitulmuqaddis) bagi menyokong
Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
Kedudukan Baitulmuqaddis masih lagi tidak terjawab.
Baitulmuqaddis dan Islam
Bagi
Muslim, Baitulmuqaddis ialah tempat ketiga paling suci dalam
Islam. Apabila kembali ke sejarah Baitulmuqaddis kita dapat melihat bahawa kota ini mengalami kesengsaraan sebelum kedatangan Islam. Apabila orang Islam menakluk kota ini barulah kota ini mencapai ketenangan dan keamanan. Ramai pedagang-pedagang Arab berdagang di sini termasuklah dari
Makkah dan
Madinah. Kota ini juga menjadi
kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Makkah. Apabila tentera Salib menguasai kota ini semua penduduk kota ini yang bukan beragama
Katolik Rom dibunuh dengan kejam.
Selepas
Salahuddin Al-Ayubbi menawan kota ini kembali, Baitulmuqaddis kembali ke zaman kegemilangannya. Orang
Islam,
Kristian, dan
Yahudi dapat beribadat tanpa sebarang gangguan