KETAHUILAH MEREKA YG BERIKHTILAT MELAKUKAN PERGAULAN BEBAS ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BUKAN MUHRIM ADALAH BUKAN BUDAYA ISLAM YANG BERIMAN...
IKHTILAT ATAUPUN PERGAULAN BEBAS YG PALING BESAR YG SERING DILAKULAN OLEH LELAKI DAN WANITA ISLAM YANG BUKAN MUHRIM IALAH BERCINTA SEBELUM NIKAH...(BERCOUPLE BERDUA-DUAAN)
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)
Ikhtilat ataupun percampuran antara lelaki dan perempuan selayaknya dilihat sebagai sesuatu yang besar impaknya kepada keruntuhan moral ummah. Sering kita dengar istilah kawan, adik-kakak-abang angkat, KEKASIH, BERCOUPLE mahupun tidak alah juga yang mendakwa sebagai rakan chatting, rakan di laman sosial atau apa jua istilah yang diguna sebagai merujuk kepada hubungan kemasyarakatan.
Justeru saya klasifikasikan hubungan mahupun ikhtilat antara dua jenis jantina ini sebagaimana berikut :
1. Hubungan lelaki dan perempuan atas nama cinta,bercouple sebelum nikah
2. Hubungan lelaki dan perempuan atas nama sahabat, kawan atau adik-abang-kakak angkat. Istilahnya sebagaimana yang ditakrifkan oleh Dr Haji Mohd Fadhilah Kamsah sebagai 'Platonik'
PERLANGGARAN BATASAN-BATASAN PERGAULANMUSLIMIN-MUSLIMAT MASIH TERJADI DAN HAL INI MUNGKIN DISEBABKAN KERANA:
1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.
Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol font Islam, namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak menfokuskan kepada pemahaman dan amal.
PERLANGARAN BATASAN-BATASAN PERGAULAN IKHWAH DAN AKHWAT MASA KINI...
1. Tidak Menundukkan Pandangan (Gadhdhul Bashar)
Bukankah ada pepatah yang mengatakan, "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati". Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, "Ah, tidak perlu gadhdhul bashar, yang penting kena jaga hati!".
Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga TERLANGGAR TIANG tetapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak SYAREI. LELAKI memandang WANITA dengan PENUH NAFSU dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil ‘warak berbungkus’.
2. COUPLE
Duduk BERDUAAN DI TAMAN, kedai-kedai makan, berjaan berdua, TENGOK WAYANG BERDUAAN malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama‘meeting’ di tempat-tempat yang mencurigakan bagi yang terlibat dengan persatuan mahasiswa.Walaupun kebanyakan masyarakat sekitar tidak mempedulikan tindakan sebegini kerana menganggap mahasiswa/i berpendidikan yang berdua-duaan ini sedang berdiskusi tentang pelajaran atau tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.
Sememangnya masyarakat kian dirosakkan dengan istilah 'JANGAN JAGA TEPIKAIN ORANG'. Inilah suatu racun yang sedang merosak dan menghancurkan fikrah ummah. Sudah tida lagiungkapan amar makruf nahi mungkar dikalnagn masyarakat hingga menyebabkan anak-anak muda denagn sewenangnya berdua-duaan.
3. "COP AWAL-AWAL" UNTUK BERKAHWIN
"Bagaimana enti? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang."Ikhwah belum tamat belajar sehingga 'cop' seorang akhwat untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air hingga melibatkan keluarga.
Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri MELARANG kita daripada ‘cop awal’ ataubertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara kedua-duanya takut-takut terjerumus ke kancah MAKSIAT.
Justeru, mana mungkin hubungan suci suami-isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.
4. TELEFON TAK 'URGENT'
Menelefon dan berborak tidak tentu arah, yang tidak ada nilai significantnya sama ada soal pengajian mahupun soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, saya gusar apa akan kita jawab di hadapan Allah nanti.
Apa yang lebih malang, kita selaku daie, ulamak dan taruhan masyarakat di tanah air sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat,harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku.
5. SMS TIDAK 'URGENT'
Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan dakwah mahupun urusan penting, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melampiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.
6. BERBICARAMEN DAYU-DAYU,
Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki.
Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula, jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.
7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’
Laman YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal-hal penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah ke mana dan tidak menfokuskan kepada dakwah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.
8.LAMAN SOSIAL
Kebanyakan mereka lupa dan alpa apabila menggunakan LAMAN SOSIAL DI INTERNET seperti FACEBOOK, TAGGED, FRIENDSTER,MYSPACE, TWITTER dan sebagainya...mereka tidak sedar yang mereka sedang berikhtilat dengan meninggalkan komen-komen di wall masing-masing supaya orang lain yang bukan muhrim meletakkan komen-komen yang berbentuk ikhtilat, meletakkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat dan rasa seronok bile ada orang yang memuji gambar anda itu comel,cute dan sebagainya sedangkan anda sudah tahu bahawa ia boleh mendatangkan RIAK yang boleh membawa kepada SYIRIK KECIL...sedarkah anda bahawa komen-komen di wall anda itu boleh mendatangkan dosa yang kita tidak sedari...ibarat mendedahkan sikap kita kepada orang yang bukan muhrim tanpa kita sedari...
SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T SUDAH MEMBERI AMARAN KEPADA HAMBANYA
Firman Allah Subhanahu waatala dan hadis berkaitan larangan terhadap isu ini adalah :
a. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)
b. Allah SWT berfirman yang bermaksud,
"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, 'hendaknya mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka’(Al-Qasas.24: 30)
c. Allah SWT berfirman yang bermaksud,
"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangan, dan memelihara kemaluan mereka".(Al-Qasas.24: 31)
d. Rasulullah SAW. Bersabda yang bermaksud,
"Pandangan mata adalah salah satu daripada panah-panah iblis, barangsiapa menundukkannya kerana Allah, maka akan dirasakan manisnya iman dalam hatinya".
KESIMPULAN...
Tuntasnya, persoalan ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.
Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan harian mereka dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.
Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama? Jangan sampai suatu masa nanti anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita lakukan hari ini. SEKIan.
No comments:
Post a Comment