Thursday, 18 August 2011

cara menjaga anak kucing yang ditinggalkan oleh ibu-asma-


CARA BAGI MAKANAN PADA ANAK KUCING


Anak kucing yang baru lahir perlu makan setiap 2-3 jam. Mereka mempunyai perut yang kecil dan memerlukan jumlah makanan yang sedikit tetapi berkala. Jangan berikan susu lembu pada anak kucing kerana ini akan menyebabkan sembelit dan kehilangan air pada badan. Anda perlu menggunakan susu yang dirumus khas untuk anak kucing. Susu khas ini boleh diperolehi di klinik vetrinar dengan pelbagai jenama.

Botol susu yang khas juga digunakan untuk menyusu anak kucing (saiznya kecil). Susu perlu diberikan dalam keadaan suam, tetapi bukan panas, ianya sama sepertimana kita berikan kepada bayi manusia.

CARA MEMBANTU ANAK KUCING MEMBUANG NAJIS


Ya, berak dan kencing, saya tak tahu tajuk apa yang sesuai tetapi dua perkataan itu adalah sangat tepat..hehe. Anak kucing tidak boleh mengawal kencing dan beraknya sehinggalah mereka berumur 4 minggu. Bermula dari kelahiran sehingga minggu ke-4, ibu kucing akan merangsangnya untuk membuang dengan cara menjilat kemaluan anak kucing.

Maka anda juga mesti melakukan perkara yang sama di sini. Tak la, saya bergurau sahaja. Tetapi rangsangan ini boleh ditiru dengan menggunakan kain lembut yang suam dan basah atau menggunakan putik kapas (juga suam dan basah). Balikkan badan anak kucing itu dan secara lembut, sapukan pada kemaluannya sehingga kencing atau najis itu keluar. Ini perlu dilakukan selepas menyusu.

Surah Ghafir : 7-9Hadis Riwayat Muslim Bermaksud :"Pada setiap pagi seorang itu pasti di sertai oleh dua malaikat yang berdoa : Ya Allah berikanlah kerosakan terhadap orang yang enggan membelanjakan hartanya untuk bersedekah ",sedangkan yang lain berdoa : " Ya Allah berikanlah pengantian terhadap orang yang gemar membelanjakan hartanya kepada kebaikan ".

1 comment:

  1. Assalaimualaikum,sy ade 2 ekor anak kucing serta ibunya,tetapi ibu dan kakak sy x suke kucing menyebabkan kami membuangnya ke pasar .Malangnya semasa hendak buang ibunya melarikan diri meninggalkan 2 ekor anaknya.kami membawa balik anak nya.Apakah hukum meninggalkan mak dgn anak kucing perlukah sy menjaga nya sehinnga besar? mohon menjawab jika x boleh takpa maaf menggangu^^

    ReplyDelete