Thursday, 12 May 2011

KEMAHIRAN MENULIS-asma-

 


Peringkat untuk pelahiran &
Kesalahan-kesalahan biasa dalam tulisan.

• Peringkat pramenulis
(persediaan)
• Peringkat mendirikan asas
(peringkat mekanis)

Peringkat untuk pelahiran

Peringkat
Pramenulis

• Tempoh masa murid-murid disediakan dengan
aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka
dapat menulis huruf-huruf dengan
kemas dan betul.
• Pelajaran tulisan yang dirancang haruslah sistematik,
bertitik-tolak daripada aktiviti-
aktiviti pramenulis yang berbentuk
bebas.

Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut
:
• Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.
• Menguasai gerak tangan
yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna.
• Melakukan
latihan-latihan pergerakan mata.
• Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan
dan mata.

Aktiviti-aktiviti Pramenulis
• Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar
dari kiri ke kanan.
• Latihan mewarna dari kiri ke kanan atau
sebaliknya.
• Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas
pasir atau di rumput
tanpa menggunakan alat tulis.
• Latihan-latihan gerak
jari dengan memainkan jari, menekannya, meramaskannya,
menggoyangkan tangan,
dan sebagainya.
• Latihan-latihan membentuk garisan lurus.
• Latihan
membentuk corak-corak dan garisan lurus.
• Latihan melukis gambar-gambar yang
mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.



Peringkat mendirikan asas(peringkat mekanis)
• Setelah latihan pramenulis, murid-murid boleh dilatih
membentuk lambang-lambang
tulisan.
• Pada peringkat awal, dicadangkan
murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak
mempunyai sebarang
garisan.
• Setelah itu, barulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang
bergaris, kawalan
tulisan perlu dilakukan.
• Ia harus bermula daripada
garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis.
• Latihan Menulis
Terkawa Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan
terkawal.
• Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris
dua.
Akitiviti-aktiviti Peringkat Mendirikan Asas
• Menekap huruf
mengikut urutan yang ditetapkan.
• Menulis huruf mengikut urutan yang
ditetapkan.
• Memadam dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan
bermakna.
Sa-ya a-da bu-ku.
• Menulis huruf yang tertinggal dalam
ruang kosong
Di m_na d_a ana_ ka_bing say_.
• Menyalin perkataan yang
mudah.
tidur
• Menyalin ayat-ayat yang mudah.
Azwan suka tidur


Peringkat untuk pelahiran
• Setelah menguasai menulis mekanis, murid-murid patut
digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis.
• Cara-cara yang
dicadangkan ialah berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat
kosong, melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga boleh menghasilkan tulisan
tanpa panduan.

Kesalahan-kesalahan biasa dalam tulisan
• Bentuk huruf buruk, tidak sama besar atau kecilnya.
• Jarak huruf atau perkataan tidak seimbang, begitu juga dengan kedudukannya,
tegak dan
condong.
• Tulisan kotor kerana terlalu banyak menggunakan getah
pemadam.

CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASA
PELAJAR-PELAJAR Melayu di Negara Brunei Darussalam
• pada kebiasaannya
menggunakan dialek Melayu
• Brunei untuk berinteraksi di antara satu dengan
yang
• lain. Walaupun ketika di sekolah, mereka masih juga
• menggunakan
dialek tersebut untuk berkomunikasi
• dengan guru mereka. Sehingga dialek
tersebut
• mempengaruhi pembelajaran bahasa melayu mereka.

No comments:

Post a Comment