PENGENALAN ZIKIR
=>Zikir berasal drpd perkataan Arab yang membawa makna ''ingat''.Zikir lebih membawa kpd maksud mengingati Allah.Perkataan ini digunakan pd beberapa tempat dlm al-Quran merujuk kpd ibadah dlm pelbagai bentuknya,melibatkan perkataan,perbuatan dan niat yg dilakukan semata-mata kerana Allah.
KELEBIHAN ZIKIR
Menurut al- imam Ibn Qayyim dalam kitab al-Wabil al-Sayyib, antara kelebihan berzikir adalah:
Add caption |
- Menjadikan diri kuat untuk mempertahankan diri drpd gangguan syaitan.
- Menghapuskan dosa.
- Mendekatkan diri kpd Allah.
- Menghidupkan hati drpd lalai.
- Merupakan tanda bersyukur.
- Menyebabkan mendapat pahala sprt memerdekakan hamba & membiayai jihad pd jalan Allah.
- Menjadikan hati tenang.
- Menyebabkan hati diselaputi perasaan damai.
- Menghilangkan karat pd hati.
- Merawat penyakit hati.
- Membuka pintu rezeki.
- Mengelakkan lidah drpd mengatakan perkara sia-sia dan dosa.
- Menjadikan hati lembut.(lembut yg dimaksudkan ialah hati itu mudah melakukan ibadah dan perkara-perkara ketaatan)
- Menyebabkan Allah dan para malaikat mandoakan baginya.
- Menyebabkan datangnya nikmat-nikmat Allah.
- Menyebabkan Allah menyebut-nyebut nama org yg berzikir kpd para malaikat dgn bangganya.
- Majlis zikir adalah taman syurga.
- Majlis zikir dihadiri para malaikat.
- Mudahkan perkara yg rumit.
- Menyebabkan seseorang itu mudah memasuki syurga.
- Jari yg mengira zikir akan menjadi saksi kpd Allah bahawa seseorang itu sering berzikir.
No comments:
Post a Comment