Friday, 17 June 2011

Sejarah Awal Kedah-yan-

Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah, sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau landasan yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik.Kemudian tatkala perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan peranan yang penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka.
Dilihat dari sudut yang tersebut di atas, kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling. Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan (Wheatley 1961 : xxvi ; Braddle 1980 ).
Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya.
Pada masa kejayaan Srivijaya, negeri ini telah dipilih sebagai ibu negeri iaitu sejak masa Sri Maravijayottunggavarman berdasarkan pahatan pada Larger Layden Plates sampai pada masa Sangrama Vijayottunggavarman yang kemudian ditawan oleh Rajendra Chola I seperti yang disebut pada batu bersurat Tanjore










salji seputih salju ~gha~

Seputih salju,         
Kuharap hatiku begitu,
Harapkan untaian hidayah,                                                                
Menyelimuti kalbu,
Namun terpaannya,
Tidak selalu statik begitu.
altOh indahnya melihat butiran salji itu turun,
Alpa dari kesakitan menahan beku,
Jemariku pantas memintal,
Mindaku kencang menaakul,   
                                   
Damai dan tenang melihat,                                                                                                                
Putih dan bersih,
Tikaran salji yang membentangi alam,
Mencipta lopak-lopak di jalanan,
Adakala manusia tergelincir,
Malah menerima kemalangan,
Namun salji tetap begitu,
Tidak berubah asal,
Sehinggalah suria dan hawa,
Menyelimuti angkasa,                                                                
Cairlah dia,
bertompoklah dia,
dengan kelumat hitam tanah pasir,
banjirilah di jalan-jalan awam,
serta bukit bukau,
dia tidak peduli,
dia hanya menurut perintah Ilahi,
Ijbari bertitahTurunlah kau tatkala suhu menetapkan,
mengalirlah kau tika aku mengarahkan,
Namun manusia mempunyai pilihan,
Memilih untuk menjadi seputih salji,
Turunnya tanpa melawan,
Leburnya tanpa bangkangan,
Hakikatnya, manusia sering memilih keingkaran.
Aku mahu hatiku seputih salju,
Agar hidayah Allah dapat memanduku,
Agar ikhtiariku seperti ijbariku....

jangan terpedaya dengan cinta ~gha~

alt
Ramai yang berkata, "Cinta itu fitrah. Jadi, apa salahnya pada cinta?"
Ya. Tidak dapat dinafikan, cinta itu adalah fitrah. Fitrah, bererti sesuatu yang bersih. Fitrah bererti cinta itu sesuatu yang suci.
Namun, bagaimana sesuatu yang suci itu boleh menjadi fitnah (bencana)?
Cinta itu fitrah. Jadi, apakah pula yang cuba dimaksudkan dengan 'janganlah kalian tertipu dengan cinta'?
Bukankah fitrah itu suatu yang membawa kepada kebaikan?  
Apabila fitrah menjadi fitnah
Tidak dapat kita nafikan, pada hari ini, betapa pengaruh media massa itu memberikan impak besar dalam pembentukan pemikiran masyarakat kita. Isu-isu yang diketengahkan di media massa, itulah yang akan menjadi pusat pemerhatian masyarakat.
Sekarang, apa pula kena-mengena media massa dengan cinta?
Ok, di sini saya berikan satu contoh.
Kita sedang menonton satu movie yang bertemakan cinta (yang berlambak di pasaran). Ok, apa yang difokuskan dalam cerita itu?
Mulanya, ditunjukkan bagaimana latar belakang kedua-dua watak utamanya; hero dan heroin. Berkenaan taraf kehidupan mereka, cara hidup mereka dan lain-lain. Kemudian, pengarah cerita memasukkan pula babak-babak seterusnya. Bagaimana mereka boleh terserempak, dan berkenalan. Kemudian, bagaimana perasaan 'cinta' itu tadi mula berputik. Dimulakan dengan minat, kemudian usaha-usaha yang dilakukan untuk mendapatkan pasangan tadi (daripada sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak), dan usaha-usaha untuk mempertahankan cinta itu tadi.
'Pause'. Ok, anda sudah mula nampak apa yang cuba saya bawakan?
Kita dapat melihat kelebihan yang ada pada apa-apa media massa. Mereka boleh mengawal fokus penonton (atau pembaca).
Seperti yang kita dapat dilihat tadi, bagaimana, pengarah cerita tadi dapat mengawal pemikiran penonton tadi untuk memberikan fokus terhadap 'perjuangan' cerita, yakni 'cinta'.
Kita teruskan. . .
"Alaa, sibuk je perempuan tu!" kata seorang penonton, seakan tidak berpuas hati akan kewujudan orang 'ketiga', yang dianggap seperti perosak kepada perjuangan tadi, perjuangan cinta.
Dalam movie itu tadi, kesungguhan hero dan heroin dalam mendapatkan atau mempertahankan cinta itu turut dipamerkan. Bagaimana halangan-halangan yang muncul dalam 'perjuangan' mereka itu tadi, cuba mereka atasi satu demi satu, dan pengorbanan-perngorbanan yang dilakukan, menyebabkan cinta yang cuba dipertahankan tampak sungguh agung.
"Aisey, kacau la parent diorang ini. Jangan ganggu boleh tak?" Mungkin, ini kata-kata penonton tatkala scene parents kepada hero/heroin pula cuba menghalang cinta mereka. Em, tidak mustahil juga, kata-kata tadi turut muncul dari diri kita, mungkin bukan pada mulut, tapi pada hati, tanpa kita sedari.
Di sini, kesan 'perjuangan' cinta tadi sudah tertanam dalam minda penonton. Tanpa mereka sedari, mereka juga telah menjadi 'penyokong' kepada perjuangan cinta tersebut. 'Perjuangan-perjuangan' yang dipamerkan, walaupun terpaksa menentang kedua ibu bapa, mengorbankan komitmen hidup mereka, hanya atas nama cinta, dipandang suci. Semua itu dianggap pengorbanan-pengorbanan yang harus dipuji, atas tulusnya cinta yang wujud di antara mereka.. hero dan heroin.
Betapa 'agung'nya cinta mereka itu tadi, sehingga ianya sudah pun diangkat menjadi matlamat. Apa-apa perkara lain yang menghalangnya, baik berat maupun ringan, harus dikorbankan.
Nampak?
Inilah yang dipanggil sebagai 'ghazwul fikr' atau serangan pemikiran. Musuh-musuh Islam menggunakan pendekatan halus itu tadi untuk menyerang kita umat Islam.
Minda bawah sedar kita secara tidak langsung, mula menerima apa yang cuba dibawakan melalui cerita itu tadi; cinta itu matlamat. Percaya tak?
Hebat kan kesan 'ghazwul fikr' melalui media massa hari ini?
Movie itu hanyalah satu contoh. Banyak lagi saluran-saluran lain yang dapat digunakan, contohnya drama, novel, komik, lagu, dan sebagainya.
Lalu, itulah yang kita dapat lihat pada masyarakat kita hari ini. Gejala-gejala sosial berleluasa dengan hebatnya atas nama cinta. Cinta dipandang sebagai 'perjuangan yang agung', itulah yang kemudiannya dihidupkan dalam masyarakat kita. Bahkan, para pendakwah juga tidak terlepas daripada terkena tempias yang ada.
Kita... mungkinkah pemikiran kita juga telah berjaya di'serang' dan di'tewas'kan tanpa kita sedari?

7 pesanan rasulullah s.a.w kepada wanita ~gha~

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita :        
1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).
2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).
5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

ALLAH

 by alhaddad


Bacalah sehingga habis.
Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.
ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini…. Lebih lebih lagi diwaktu kerja.
Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.
Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat……
Muingkin malam JUMAAT?
   Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit….
Dan sudah pasti waktu ada kematian…

Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu  bekerja atau bermain…..
Kerana… Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus  sendiri tanpa bergantung padaNYA.
   Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka… …
Bahawa  nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah  yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)
   Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.
   DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.
RENUNGKANLAH
            Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!! !
   Ya aku CINTA ALLAH .
                Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku
     DIA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah
HAMPAS yang tak berguna.
   Ini adalah ujian yang mudah.
       Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu….
Kirimkan kepada 10 orang atau lebih kepada rakan anda.
   Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?
                  Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.
Susah vs.. Senang
                 Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?
Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem”forward” kan email yang tak senonoh?
             Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.
SOLAT adalah yang terbaik….
Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.
    Notes:
Tidakkah melucukan   betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.
Tidakkah melucukan bila  seseorang berkata “AKU BERIMAN PADA ALLAH” TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also “believes” in ALLAH ).
Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar e-mail mengenai IS LAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?
Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?.
Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa  risau akan tanggapan orang kepada saya  lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.
     Aku berDOA , untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan agar mereka di rahmati ALLAH.
Thanks & regards,
SARA

Tips Mengekalkan Sebuah Persahabatan-asma-

by alhaddadSaling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.
Saling menahan rasa cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah ‘thrill’nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan…
Saling memahami
Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia.
Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.
Saling memberi kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

Kisah Bulan, Bintang dan Matahari-asma-

by: alhaddad

KENAPA bulan dan matahari tak dapat bertemu…Sedangkan BULAN dan
BINTANG sahabat sejati???
“Cahaya bulan tidak pernah meramal, itu janji yang dipegangnya. Ia
juga tidak pernah mengingatkan atau memberi awas-awas. Ia hanya
menerima sinar matahari yang kemudian dipantulkannya ke bumi: kilau-
kemilau” –Nur Rohayati Nengsih-
Suatu hari pernah ku dengar sebuah bintang berbicara pada bulan “Aku
tidak ingin lagi menemanimu mulai malam ini dan seterusnya” katanya.
“Kenapa?” tanya bulan “Padahal aku menyukaimu, aku menyukai malam-
malam dimana kau ada dan menemani ku hingga fajar menjelang” tetapi
bintang itu hanya diam meredup dan bersembunyi di balik mega.
Justeru kerana bulan menyukainya maka bintang itu menghilang. Aku
mengetahui hal itu kerana sebuah bintang lain yang adalah teman
karibnya mengatakannya padaku.
Cinta memang aneh, bukankah ia seharusnya mempersatukan?Bintang itu
mencintai bulan. Tetapi bulan tidak mencintainya, ia
hanya `menyukainya’. Siapa pula yang membeza-beza kan cinta dengan
suka? Kenapa bulan tidak membencinya saja, malah bulan menyukainya
sehingga bintang tidak mempunyai alasan untuk tidak menemaninya
malam nanti. Bintang yang sinarnya paling terang adalah bintang yang
berwarna biru.
Sebuah iklan tong gas yang sering kulihat di television juga selalu
membangga-banggakan produknya yang memiliki api biru, bukankah
bintang juga seperti api yang panas dan memberikan sinar?
Bintang yang sedang kuceritakan hanyalah sebuah bintang kecil yang
berwarna merah. Kerana itu ia tidak pernah dapat mengumpulkan
keberanian untuk berkata pada bulan “Akumencintaimu!”. Bulan sendiri
tidak pernah menganggap bintang sebagai lebih dari sahabat yang
selalu menemaninya setia pmalam, dan sesungguhnya bintang
mengetahuinya.
“Aku mencintai matahari” kata bulan “Ia dapat membuatku bersinar
indah diwaktu malam. Ia membuatku selalu ditunggu oleh para pencinta
malam. Ia membuatku selalu dinanti oleh para pujangga yang yang
menulis berbait-bait puisi tentang cinta hanya dengan melihat diriku
di langit malam. Anak-anak kecil menunggu kehadiranku agar dapat
bermain-main dilapangan di tengah kampung
Bintang tak pernah habis berfikir kenapa bulan mencintai matahari,
bulan bahkan hampir tak pernah bertemu denganmatahari dan ketika
mereka bertemupun bulan akan kehilangan sinarnya.
Kita menyebutnya gerhana matahari, saat itu kita tidak diperbolehkan
melihat langsung ke langit, katanya dapat merosak mata kita.
Matahari tidak pernah memikirkan bulan, ia hanya bersinar dan
memberikan sinarnya tanpa membeza-bezakan. Ia bahkan tidak
mengetahui kalau sinarnya dimanfaatkan oleh bulan untuk bersinar
dimalam hari. Ia hanya menganggap bulan sebagai benda yang kadang-
kadang menghalanginya memberi sinar kepada bumi.
Mungkin matahari mencintai bumi, aku tidak tahu kerana aku tidak
pernah bercakap-cakap dengan matahari dan bumi tidak pernah
bercerita tentang ini, sejujurnya aku tidak terlalu peduli.
Bintang merasa tidak mendapatkan keadilan. Kenapa bulan mencintai
matahari yang bahkan tidak pernah memikirkan bulan, dan bukan
mencintai bintang yang mencintai bulan dengan sepenuh hatinya?
Bintang juga merasa tak berdaya kerana walaupun ia ingin memberikan
seluruh sinarnya kepada bulan agar selalu kilau kemilau, bintang tak
dapat melakukannya kerana jaraknya yang sangat jauh.
Matahari juga adalah bintang, bintang merah yang sama seperti
dirinya, kerana letak nyalah matahari dapat terlihat lebih terang
daripada bintang. Tapi bintang adalah bukan matahari, kerana itu
bulan tidak mencintai bintang.
Cinta memang aneh. Kerana itu sekali lagi bintang berkata, kali ini
kepada semua teman-temannya “Aku tidak ingin lagi menemani bulan
mulai malam ini” kemudian ia menghilang (tak hanya meredup
danbersembunyi di balik mega) dan tak pernah lagi menemani bulan.
Aku akan memberitahu sebuah rahsia sekarang, BINTANG ITU ADALAH AKU.
Ia turun ke bumi sebagai bintang jatuh dan juga permintaan sepasang
kekasih agar mereka berdua dapat hidup berbahagia hingga akhir
hayatnya. Ia kemudian jatuh kerumahku dan menyusup ke dalam rahim
ibuku dan menjadi aku.
Dan betapa pun aku tak ingin lagi menemani bulan, kadang-kadang aku
akan sangat merindukannya
Dan aku akan menatap bulan dan mendengarkan percakapan semesta,
sambil berharap suatu hari nanti bulan akan dapat mencintai bintang.
Jika hari itu tiba aku akan terbang ke langit dan kembali menjadi
bintang yang akan selalu menemani bulan.