Wednesday 6 July 2011

KESALAHAN Dalam Aurat MUSLIMAT.~lin~

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan amal soleh serta nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan menepati kesabaran. 

KESALAHAN 1 : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN 2 : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek

KESALAHAN 3 : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN 4 : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN 5 : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN 6 : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN 7 : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN 8 : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.

Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT! DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31
KESALAHAN 9 : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN 10 : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Sama-ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

No comments:

Post a Comment