Friday, 8 July 2011

nama anak dan isteri nabi Muhammad SAW



Isteri-isteri Rasulullah:

Khadijah binti Khuwailid r.a.
Saudah binti Zum'ah r.a.
Aisyah binti Abu Bakar r.a.
Hafsah binti Omar Al-Khattab r.a.
Zainab bin Jahsyin r.a.
Zainab binti Khuzaimah r.a.
Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a.
Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a.
Juwairiyah binti Al-Harith r.a.
Maimunah binti Al-Harith
Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a.
Mariyah Al-Qibtiyah

Hanya seorang sahaja isteri Rasulullah yang gadis ketika berkahwin dengan baginda iaitu Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq.
Manakala yang lainnya adalah janda atau balu yang kematian suami.

Anak-anak Rasulullah dengan Khadijah :
Al-Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummu Kalthum
Fatimah

Anak Rasulullah dengan Mariyah Al-Qibtiyah :
Ibrahim..

Wednesday, 6 July 2011

IKHTILAT-pergaulan bebas antara LELAKI dan PEREMPUAN, sedarkah anda bahawa anda sedang berikhtilat...?~lin~

Jom Tutup Aurat dan jaga akhlak:aamiin:


KETAHUILAH MEREKA YG BERIKHTILAT MELAKUKAN PERGAULAN BEBAS ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BUKAN MUHRIM ADALAH BUKAN BUDAYA ISLAM YANG BERIMAN...

IKHTILAT ATAUPUN PERGAULAN BEBAS YG PALING BESAR YG SERING DILAKULAN OLEH LELAKI DAN WANITA ISLAM YANG BUKAN MUHRIM  IALAH BERCINTA SEBELUM NIKAH...(BERCOUPLE BERDUA-DUAAN)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)

Ikhtilat ataupun percampuran antara lelaki dan perempuan selayaknya dilihat sebagai sesuatu yang besar impaknya kepada keruntuhan moral ummah. Sering kita dengar istilah kawan, adik-kakak-abang angkat, KEKASIH, BERCOUPLE mahupun tidak alah juga yang mendakwa sebagai rakan chatting, rakan di laman sosial atau apa jua istilah yang diguna sebagai merujuk kepada hubungan kemasyarakatan.

Justeru saya klasifikasikan hubungan mahupun ikhtilat antara dua jenis jantina ini sebagaimana berikut :

1. Hubungan lelaki dan perempuan atas nama cinta,bercouple sebelum nikah
2. Hubungan lelaki dan perempuan atas nama sahabat, kawan atau adik-abang-kakak angkat. Istilahnya sebagaimana yang ditakrifkan oleh Dr Haji Mohd Fadhilah Kamsah sebagai 'Platonik'

PERLANGGARAN BATASAN-BATASAN PERGAULANMUSLIMIN-MUSLIMAT MASIH TERJADI DAN HAL INI MUNGKIN DISEBABKAN KERANA:

1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol font Islam, namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak menfokuskan kepada pemahaman dan amal.

PERLANGARAN BATASAN-BATASAN PERGAULAN IKHWAH DAN AKHWAT MASA KINI...

1. Tidak Menundukkan Pandangan (Gadhdhul Bashar)

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati". Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, "Ah, tidak perlu gadhdhul bashar, yang penting kena jaga hati!".

Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga TERLANGGAR TIANG tetapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak SYAREI. LELAKI memandang WANITA dengan PENUH NAFSU dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil ‘warak berbungkus’.

2. COUPLE

Duduk BERDUAAN DI TAMAN, kedai-kedai makan, berjaan berdua, TENGOK WAYANG BERDUAAN malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama‘meeting’ di tempat-tempat yang mencurigakan bagi yang terlibat dengan persatuan mahasiswa.Walaupun kebanyakan masyarakat sekitar tidak mempedulikan tindakan sebegini kerana menganggap mahasiswa/i berpendidikan yang berdua-duaan ini sedang berdiskusi tentang pelajaran atau tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

Sememangnya masyarakat kian dirosakkan dengan istilah 'JANGAN JAGA TEPIKAIN ORANG'. Inilah suatu racun yang sedang merosak dan menghancurkan fikrah ummah. Sudah tida lagiungkapan amar makruf nahi mungkar dikalnagn masyarakat hingga menyebabkan anak-anak muda denagn sewenangnya berdua-duaan.

3. "COP AWAL-AWAL" UNTUK BERKAHWIN

"Bagaimana enti? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang."Ikhwah belum tamat belajar sehingga 'cop' seorang akhwat untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air hingga melibatkan keluarga.

Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri MELARANG kita daripada ‘cop awal’ ataubertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara kedua-duanya takut-takut terjerumus ke kancah MAKSIAT.

Justeru, mana mungkin hubungan suci suami-isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.

4. TELEFON TAK 'URGENT'

Menelefon dan berborak tidak tentu arah, yang tidak ada nilai significantnya sama ada soal pengajian mahupun soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, saya gusar apa akan kita jawab di hadapan Allah nanti.

Apa yang lebih malang, kita selaku daie, ulamak dan taruhan masyarakat di tanah air sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat,harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku.

5. SMS TIDAK 'URGENT'

Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan dakwah mahupun urusan penting, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melampiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. BERBICARAMEN DAYU-DAYU,

Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki.

Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula, jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’

Laman YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal-hal penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah ke mana dan tidak menfokuskan kepada dakwah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.

8.LAMAN SOSIAL

Kebanyakan mereka lupa dan alpa apabila menggunakan LAMAN SOSIAL DI INTERNET seperti FACEBOOK, TAGGED, FRIENDSTER,MYSPACE, TWITTER dan sebagainya...mereka tidak sedar yang mereka sedang berikhtilat dengan meninggalkan komen-komen di wall masing-masing supaya orang lain yang bukan muhrim meletakkan komen-komen yang berbentuk ikhtilat, meletakkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat dan rasa seronok bile ada orang yang memuji gambar anda itu comel,cute dan sebagainya  sedangkan anda sudah tahu bahawa ia boleh mendatangkan RIAK yang boleh membawa kepada SYIRIK KECIL...sedarkah anda bahawa komen-komen di wall anda itu boleh mendatangkan dosa yang kita tidak sedari...ibarat  mendedahkan sikap kita kepada orang yang bukan muhrim tanpa kita sedari...

SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T SUDAH MEMBERI AMARAN KEPADA HAMBANYA

Firman Allah Subhanahu waatala dan hadis berkaitan larangan terhadap isu ini adalah :

a. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)

b. Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, 'hendaknya mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka’(Al-Qasas.24: 30)

c. Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangan, dan memelihara kemaluan mereka".(Al-Qasas.24: 31)

d. Rasulullah SAW. Bersabda yang bermaksud,

"Pandangan mata adalah salah satu daripada panah-panah iblis, barangsiapa menundukkannya kerana Allah, maka akan dirasakan manisnya iman dalam hatinya".


KESIMPULAN...

Tuntasnya, persoalan ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan harian mereka dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama? Jangan sampai suatu masa nanti anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita lakukan hari ini. SEKIan.



Makna bulan-bulan islam ~lin~

Muharram:
Muharram adalah merupakan bulan pertama dalam Islam yang mengandungi 30 hari, dinamakan Muharram kerana orang arab zaman jahiliyah mengharamkan peperangan dalam bulan ini.

Sofar:
Sofar merupakan bulan kedua dalam Islam dan mempunyai bilangan hari sebanyak 29 hari. Sofar bermaksud kosong iaitu kosong Makkah kerana mereka keluar musafir atau kosong rumah kerana mereka pergi berperang.

Rabiu'l awal: 
Rabie' bermaksud tanah atau kawasan yang dipenuhi oleh rumput atau musim bunga , Ini bermaksud Rabiu'l awal ialah musim bunga peringkat awal. Bilangan hari ialah 30 hari.

Rabiu'l Akhir :
Rabiu'l Akhir ada 29 hari dan ia bermaksud musim bunga peringkat akhir atau kedua.

Jamadul Awal :
Jumlah hari dalam bulan ini ialah 30 hari, dinamakan jamad bermaksud keras atau beku. Ini bermaksud bulan Jamadul awal adalah musim sejuk sesi pertama.

Jamadul Akhir :
Jumlah hari berdasarkan kepada falaq dalam sebulan ialah 29 hari. Bulan ini bermaksud musim sejuk sesi kedua.

Rejab:
Jumlah hari dalam bulan Rejab ialah 30 hari. Rejab bermaksud mulia,besar ini kerana orang zaman jahiliyah memuliakan dan membesarkan bulan ini.
:
saaban:
Jumlah hari dalam bulan Saaban ialah 29 hari. Saaban bermaksud bercabang,berpecah atau berpuak-puak. Ini kerana orang arab jahiliyyah keluar dari rumah dan berpecah untuk mencari
air. Bercabang bermaksud banyak kebaikan dan kelebihan yang telah disediakan oleh Allah s.w.t di dalam bulan ini.

Ramadhan:
Jumlah hari dalam bulan ini adalah 30 hari .Ramadhan bermaksud :panas terik dan membakar.Bulan puasa yang jatuh pada musim panas. Membakar bermaksud membakar dosa mukmin yang berpuasa atau membakar lemak orang yang berpuasa.

Shawal:
Jumlah hari dalam bulan ini ialah 29 hari. Shawal bermaksud mencawat ekor. Ini kerana unta-unta mengawan dalam bulan ini.

Zul kaedah:
mempunyai bilangan hari sebanyak 30 hari. Zul kaedah bermaksud duduk, tinggal di rumah tidak berperang.

Zul Hijjah:
Bilangan hari dalam sebulan ialah 29 hari. Zul Hijjah bermaksud dalam bulan ini ada ibadat haji yang telah dilakukan semenjak zaman jahiliyah lagi

KESALAHAN Dalam Aurat MUSLIMAT.~lin~

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan amal soleh serta nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan menepati kesabaran. 

KESALAHAN 1 : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN 2 : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek

KESALAHAN 3 : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN 4 : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN 5 : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN 6 : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN 7 : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN 8 : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.

Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT! DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31
KESALAHAN 9 : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN 10 : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Sama-ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

cara menutup aurat.~lin~

Al Quran dan As Sunnah tidak memperincikan bentuk atau warna hijab atau tudung (sebahagian makna dari hijab), mahupun pakaian yang harus digunakan oleh wanita Muslim. namun, ulama memberikan garis panduan cara berpakaian mengikut landasan syariat. Antaranya ialah:
  1. Tiada bentuk atau fesyen tertentu bagi pakaian wanita Islam;
  2. Pakaian mestilah menutup seluruh anggota aurat dengan sempurna;
  3. Pakaian mestilah longgar dan tidak nipis supaya tidak menonjolkan susuk tubuh;
  4. Tidak dengan tujuan untuk bermegah seperti memakai pakaian yang melampau mahalnya, fesyen dan warna yang ketara sehingga membezakannya dengan orang lain dan menarik perhatian;
  5. Tidak terlampau zuhud dengan memakai pakaian yang terlalu lusuh sehingga menimbulkan ujub dalam diri,
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki .

Amalan Zikir Harian -lin-

:)  Sentiasa berzikir utk merawat hati dan sentiasa mengingati Allah..Jangan biarkan hari     anda berlalu tanpa zikrullah.my


JUMAAT

يَا الله
~~~~~~~~~~~~~~~~

SABTU

لاَ اِلَـٰـهَ اِلاَّ الله
~~~~~~~~~~~~~~~~~


AHAD

يَا حَيُّ يَا قَيُّوم


~~~~~~~~~~~~~~~~~

ISNIN

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
~~~~~~~~~~~~~~~

SELASA

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ
~~~~~~~~~~~~~~~


RABU

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ
~~~~~~~~~~~~~~~


KHAMIS
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِے سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ

Jangan bercakap melebihi ZIKRULLAH ,sesungguhnya dengan banyak bercakap..
akan mengeraskan hati..dan apabila hati keras ia akan menjadi semakin jauh
dari ALLAH SWT.....WAALAHU'ALAM.

Saturday, 2 July 2011

KeLeBiHaN bULAn RejAB -lin-


Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.



#.Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
#. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
#. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
#. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.
#. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
#. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
#. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
#. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
#. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
#. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
#. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
#. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
#. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
#. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
#. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
#. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
#. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
#. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

#. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hariISRAK-MIKRAJ.
#.Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
#.Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.