Sunday, 12 June 2011

Teliti itu penting!-asma-

Posted by alhaddads in renungan bersama, Teliti itu penting!.
trackbackSekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah
melakukan
pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat
mayat itu
diletakkan..

“Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi
seorang
doktor”, kata pensyarah itu.
“Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat”,
katanya…sebagai contoh,
pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya
semula dan
menjilat jarinya itu.
“Sekarang, cuba kamu buat”, kata pensyarah itu.
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat.
Seorang
demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila
semua pelajar
selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata….
“Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam.
Seperti
tadi….saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk. ……

SEKARANG…. .TUMPUKAN PERHATIAN… .PAHAM!!! !!

Akibat tak mandi..-asma-

Posted by alhaddads in Akibat tak mandi.., renungan bersama.
Tags:
add a comment
akibat tak mandi..
Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut.
Selepas dikafan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkembumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali.
Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya. Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut.
Apabila sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu.
Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat dikebumikan.
Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.
Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan.
Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki tiu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut.
Sebaik saja tanah di timbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tahah perkuburan itu.
Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya? Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan ‘mandi hadas’ setiap kali selepas melakukan persetubuhan.
Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas (Junub/Besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tetapi ketahuilah azabnya tidak kurang pedih dan kalau hendak merasa… sila-silakanlah. .

SIFAT KASIH SAYANG!!!-asma-

Posted by alhaddad in SIFAT KASIH SAYANG!!!.
trackback
Milikilah Sifat Kasih Sayang Terhadap Orang Lain Dan
Bersabarlah Atas Keburukannya.
Manusia laksana barang tambang ada yang berupa emas
dan ada pula yang berupa perak ada yang bernilai manfaat
dan ada pula yang membahayakan.
Namun secara umum manusia sentiasa menanti rasa kasih
dan sayang, lapang dada, pergaulan yang baik dan adanya
saling pengertian.Untuk itu janganlah kamu terlalu susah
untuk memberikan semua itu pada dirimu.
Sikap kamu menceminkan sikap kemanusian kamu, manis-
nya perilakumu, bersihnya hatimu dan mulianya akhlakmu.
Dikala kamu merasa bahawa hatimu telah diselamatkan dan
bersih dari berbagai penyakitnya: dari sifat iri hati dengki dan
penyakit hati lainnya, maka pada saat itu kamu akan merasa-
kan kebahagian dan kepuasan setiap saat.
Di samping itu kamu harus berakal yang cermat dan cerdas se-
hingga dapat mengambil sikap dan terjaga dari keburukkan
mereka. Jangan seperti orang yang tersengat ular yang menjadi-
kan tubuhmu meriang namun orang tersebut sibuk mencari dan
memburu ular itu, padahal yang semestinya ia lakukan adalah
bagaimana ia merawat sengatan ular itu bukan memburu ular.
Berapa ramai orang yang berboleh dan lebih mematikan
dibanding dengan boleh ular. Dalam sebuah kisah  diceritakan:
Ada sekelompok kaum yang keluar dari rumahnya untuk berburu
binatang. Setelah mereka sampai di tempat tujuan, mereka tidak
menemukan seekor binatang pun kecuali serigala.Mereka beru-
saha untuk memasukan serigala itu ke dalam khemah orang
Badui untuk kemudian membunuhnya, namun penghuni khemah
itu berteriak kepada mereka agar membiarkan binatang itu tidak
membunuhnya. Mereka pun akhirnya meninggalkan serigala itu.
Orang Badui itu dengan tekunnya merawat serigala dengan mem-
beri susu dan daging sampai badannya menjadi gemuk. Suatu
ketika orang Badui itu keluar dari rumahnya kerana ada sesuatu
yang harus ia kerjakan di luar, namun anehnya ia membiarkan
saudaranya tinggal bersama dengan serigala itu.
Pada saat ia kembali, ia dapati serigala itu sudah tidak ada di -
tempat sementara saudaranya terkapar dengan tubuh yang ter-
cabik-cabik. Melihat peristiwa itu ia merasa sedih dan berse-
nandung:
Siapakah yang melakukan kebaikan kepada orang yang tidak
berhak….
Ia akan mendapati seperti yang ditemui seorang pelindung dan
penghuni.
Dia melindunginya disaat dikejar pemburu.
Supaya susunya aman dari virus ia menjadikan tubuhnya gemuk
hingga sampai pada saatnya telah sempurna.
Ia membuatnya lari kerana taring dan kuku-kukunya.
Maka katakanlah kepada orang yang telah berbuat baik…
Inikah balasan.
Orang yang menginginkan kebaikan dengan tanpa adanya rasa
terima kasih.
Sabda Rasulullah s.a.w.
Maksudnya;
Amat menakjubkan sikap mukmin yang sentiasa memandang baik
terhadap segala sesuatu di sekelilingnya.Apabila seseorang mukmin
itu memperolehi kebaikan, dia terus memuji dan bersyukur kepada
ALLAH dan itu adaklah baik baginya. Jika dia ditimpa keburukan, maka
dia pun memiji ALLAH dan bersabar menghadapinya dan ini pun baik
baginya, seseorang mukmin akan tetap diberi pahala di atas setiap
amalan yang yang dilakukannya sehingga diberikan pahala terhadap
makanan yang disuapkan ke dalam mulut isterinya.
Riwayat Ahmad & Abu Daud.

Saturday, 11 June 2011

KISAH POKOK EPAL-asma-

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar.
Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok
epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta
memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu
terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu
menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu… budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja.
Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar
pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok
epal tersebut dengan wajah yang sedih.
“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.
“Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,”
jawab budak remaja itu.
>
> “Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah
budak
> remaja itu dengan nada yang sedih.
>
> Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang
> ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat
> membeli permainan yang kau inginkan.”
>
> Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan
> pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu
merasa
> sedih.
>
> Masa berlalu…
>
> Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal
> itu merasa gembira.
>
> “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.
>
> “Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan
wang.
> Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku.
> Bolehkah kau menolongku?” Tanya budak itu.
>
> “Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong
> dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pokok
epal
> itu memberikan cadangan.
>
> Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal
> itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira
> tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
>
> Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu.
> Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan
> pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
>
> “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.
>
> “Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka
> bermain-main
di
> sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar.
> Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya
lelaki
> itu.
>
> “Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh
> memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar
> dengan gembira,” cadang pokok epal itu.
>
> Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu.
> Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali
> lagi selepas itu.
>
> Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah
> usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang
> pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
>
> “Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku
> sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah,
> batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang
hampir
> mati…” kata pokok epal itu dengan nada pilu.
>
> “Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk
> memakannya,
aku
> tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak
> mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa
> penat
dan
> ingin berehat,” jawab lelaki tua itu.
>
> “Jika begitu, berehatlah di perduku,” cadang pokok epal itu.
>
> Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.
> Mereka berdua menangis kegembiraan.
>
>
>
> CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK KITA BERFIKIR TENTANG
> PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG
> DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA
> KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA
> MENINGKAT
REMAJA,
> KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN
> MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM
> KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA
> SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.
>
> ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP
POKOK
> EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN
ANAK-ANAK
> MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA.
> JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI
BAPA
> SETIAP TAHUN.
>
> SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA.

CARA MEMILIH SAHABAT-asma-

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:
Pertama
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Perkembangan Anak Kucing-asma-

Kucing akan menjadi dewasa semasa tempoh ini. Permainan sosial berkurang dan
kadar metabolisme akan menurun bagi kucing yang di neuter dan spay. Pada masa
ini kucing perlu mengambil kurang kalori untuk mengelakkan kegemukan, dan ini
dapat dicapai dengan menukarkan dietnya kepada makanan penyelenggaraan kucing
dewasa. Diet ini mempunyai kurang kalori dan lebih fiber berbanding kucing
muda.

Sistem imunisasi menjadi matang dan kucing akan mempunyai keupayaan
semulajadi untuk melawan jangkitan.Proses ini berterusan sepanjang alam dewasa
tetapi akan berkurang apabila tiba umur tua.

Personaliti kucing akan
menjadi lengkap, berdasarkan faktor genetik dan pengalamnnya sewaktu muda.
Perilaku akan menjadi rutin. Kucing yang berada dalam sekumpulan kucing dalam
rumah yang sama akan mempunyai hirarki sosial (atau pangkat sosial) dalam rumah
tersebut

Sunday, 22 May 2011

sinopsis novel (7 hari mencintaiku) ~gha~


SINOPSIS



Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!” 

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….” 

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita? 

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.